permohonan-teknik-2017

Maklumat Kemasukan Murid Bagi Program Kolej Vokasional & SMT Ambilan Jan 2017

1. Murid Lepasan Tingkatan Tiga (3) Tahun 2016 yang menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dipelawa untuk memohon mana-mana program yang ditawarkan bagi Ambilan Januari 2017 seperti berikut :

• Program Kolej Vokasional

di Kolej Vokasional KPM
di Institut Latihan Kemahiran Swasta (ILKS) – Auto Prima Technology Sdn. Bhd., Septronic Skills Training Centre, Enter Coridor Training Centre, Akademi APFT Maintenance Training , PPKS Ilmu Sdn. Bhd., JT Akademi Sdn. Bhd
di Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) – KKTM Masjid Tanah

• Aliran Teknikal di 9 buah Sekolah Menengah Teknik (SMT) seluruh Malaysia

• Program Kemahiran di :

Pusat GIATMARA yang terpilih di seluruh Malaysia
WISDEC Sabah

2. Permohonan secara online dibuka mulai 11 Oktober 2016 hingga 25 Disember 2016.

3. Untuk maklumat lanjut berkaitan program, sila layari http://www.moe.gov.my. Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi :

Bahagian Pendidikan Teknik & Vokasional
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 6, Blok E14, Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
(u.p.: Unit Pengambilan & Pertukaran Murid di talian 03-88845154 / 5088 / 5067 / 5089)