MAHA

Pertandingan Laman Kreatif Pertanian 2014 (MAHA)

Sekolah Menengah Teknik Alor Setar telah menyertai Pertandingan Laman Kreatif Pertanian yang dianjurkan oleh Kementerian Pertanian dan Asas Tani besempena MAHA 2014. SMTAS telah mendapat tempat KETIGA peringkat kebangsaan dalam pertandingan tersebut. Penyampaian hadiah telah disampaikan pada 30 November 2014 oleh YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Pertandingan tersebut melibatkan 2 orang guru penasihat dan 13 orang pelajar kursus Sains Pertanian.