Sarana Ibu Bapa

Sarana Ibu Bapa

Pengenalan

Sarana ini dituju khas kepada ibu bapa dan boleh dikongsikan bersama-sama dengan ahli keluarga yang lain. Tujuan asasnya adalah untuk membantu ibu bapa melaksanakan tugas pertama yang paling penting, iaitu mendidik anak-anak mereka.

Sarana ini mengandungi soal selidik untuk ibu bapa dan boleh dianalisis sendiri untuk menentukan tahap pelibatan dalam pembelajaran anak. Cadangan tindakan susulan diberikan sebagai garis panduan kepada ibu bapa untuk menambah baik bidang-bidang tertentu. Sebenarnya ibu bapa telah melakukan banyak usaha mengikut kemampuan masing-masing agar anak-anak mereka berjaya dalam pelajaran. Usaha ini jika ditingkatkan dapat memberikan kesan yang lebih besar.

Cadangan-cadangan yang diberikan melalui sarana ini bukanlah satu sarana lengkap kerana setiap ibu bapa mempunyai persekitaran, kemudahan serta pengalaman yang unik dan berbeza-beza. Walaupun demikian, setiap usaha yang diambil oleh ibu bapa yang terlibat lebih mendalam dalam pelajaran anak-anak di rumah sangatlah dialu-alukan.

Apabila anak-anak mengetahui bahawa ibu bapa mereka sangat mengutamakan pendidikan, maka nilai pembelajaran menjadi begitu tinggi dalam diri mereka.

Untuk maklumat lanjut berkaitannya, boleh merujuk link di bawah.

http://www.stf.edu.my/v3/pibg/SaranaIbubapa.pdf