Lencana Sekolah

SMT Alor SetarLencana dengan lambang Sains dan Teknologi berwarna kuning berlatarkan biru tua menunjukkan asas kemajuan sesebuah negara. Lambang ini merangkumi kelima-lima jurusan teknik yang ditawarkan di SMT Alor Setar. Terdapat dedaunan yang melengkari lambang Sains dan Teknologi. Ini melambangkan Jurusan Pertanian, jurusan yang bertanggungjawab menjadikan negara kita sebuah negara pertanian yang subur.

Pemahat dan Spanar yang bersilang ditengahnya melambangkan jurusan Pengajian Kejuruteraan Awam dan Pengajian Kejuruteraan Mekanikal. Buku yang berwarna merah menggambarkan gedung segala ilmu pengetahuan. Warna merah menunjukkan kekuatan semangat dan berani dalam menghadapi sebarang cabaran untuk mencapai cita-cita sesuai dengan temanya yang berbunyi Bertekun Usaha Diberkati Illahi.